Anak muda Temerloh berdiri atas kaki sendiri

Anak muda di luar bandar sebenarnya tidak kurang hebatnya dengan mereka yang tinggal di bandar. Bahkan mereka ini berhadapan halangan yang lebih mencabar apabila peluang itu hanya datang atas usaha sendiri. Berpegang pada prinsip diri masing-masing, ramai anak-anak muda di Temerloh, Pahang yakin walaupun membuka perniagaan di kawasan luar bandar, rezeki itu tetap ada. Laporan Nursyazwani Saiful Sham.