Anggota polis dalam perjalanan tunai umrah cedera kemalangan

Seorang anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar dalam perjalanan menunaikan ibadah umrah antara tujuh cedera dalam kemalangan di kilometer 257 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan, selepas terowong Menora petang Khamis. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim, kejadian 3.30 petang itu melibatkan sebuah bas ekspres dengan sebuah lori tangki.