Tutup

Angin kencang dan ombak besar jadi cabaran SAR tiga beradik

Angin kencang dan ombak besar menjadi cabaran dalam operasi mencari dan menyelamat tiga beradik yang dikhuatiri lemas ditarik ombak ketika bermain di Pantai Sura, Dungun Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Dungun, Supt. Baharudin Abdullah berkata, pencarian pada tengah malam dijalankan dengan menyusur persisir pantai sejauh tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.