Tutup

#AWANIByte: Jabatan Perhilitan lengkapi 90 peratus kajian Harimau Malaya

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang mengambil langkah proaktif dalam melindungi populasi Harimau Malaya menerusi Survei Harimau Malaya (NTS) bermula tahun 2016. Langkah proaktif itu diambil bertujuan populasi Harimau Malaya berada pada tahap yang membimbangkan kerana jumlahnya kurang daripada 200 ekor.