#AWANIJr: 588 guru zon Kuala Besut terima tablet

Seramai 588 guru dari Sekolah Menengah dan Rendah Zon Kuala Besut, Besut, Terengganu menerima hadiah tablet Lenovo atas inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia melalui sumbangan dari Kerajaan Malaysia. Majlis telah disempurnakan oleh YBM Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (ADUN Kuala Besut). Tablet yang diterima oleh guru terdapat dua aplikasi perisian tambahan iaitu Tutor Guru dan e-Paper Utusan Malaysia yang mengandungi soalan latihan, bahan rangsangan multimedia dan jawapan sekaligus memberi kemudahan kepada guru dalam membuat rancangan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) serta memenuhi keperluan pembelajaran abad ke- 21. Melalui tablet itu juga, guru boleh membuat lembaran kerja digital yang dapat memantapkan proses PdPc di dalam bilik darjah di samping membaca e-Paper Utusan Malaysia bagi meluaskan pengetahuan masing-masing. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.