#AWANIJr: Ada Apa Dengan Azam

Semua orang pasti mempunyai azam tersendiri setiap kali tahun baru menjema. Dalam episod kali ini, 2 orang pengacara AwaniJr SK Sungai Lerek iaitu Nur Afia Nabihah Azmi 11 dan Nur Faqihah Mansor 11 telah menemuramah beberapa orang murid dan guru SK Sungai Lerek untuk mengetahui apakah azam mereka. Jom saksikan apakah azam mereka. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.