#AWANIJr: Akhirnya tiba di planet sains

Bertuahnya kru My LB Channel dapat menjejakkan kaki ke Minggu Sains Negara pada 4 April 2018 di Pusat Sains Terengganu. Jom ikuti liputan ini yang telah dibuat oleh adik Wan Nur Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah (11 tahun), Nur Aisyah Amirah Muhamad Salim (11 tahun) Nur Nadhirah Al-Ashari Saiful Nizam (11 tahun) dan Muhd Harith Zhafran Abd Hisham (11 tahun) kru My LB Channel, TV PSS SK BINJAI, Kemaman, Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.