Tutup

#AWANIJr: Amna calon Anugerah TV PSS Terbaik Negeri Terengganu kategori Sekolah Rendah 2018

25 September 2018 - Kru My LB Channel berjaya membuat video khas sebagai syarat penyertaan pencalonan Tv PSS Terbaik Kategori Sekolah Rendah Negeri Terengganu 2018. Pencalonan ini adalah sempena Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2018. Jom saksikan rakaman video yang dihasilkan oleh Muhammad Harith Zhafran Abd Hisham 11, Wan Nur Amna Faqihah Wan Muhd Fadillah 11, Nur Nadhirah Al-Ashari 11, Nur Aisyah Amirah Muhd Salim 11, Nur Farihah Azmira Azmi 10, Ahmad Akhtar Iman Asmadi 10, Ainin Sofiya Azhar 10 dan Dhirar Batriesya Aqila Ikran 10-kru TV PSS MY LB CHANNEL SK BINJAI TERENGGANU. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.