Tutup

#AWANIJr: Bila Iffah berbicara

Saudari Wan Nur Iffah Wan Azman (19 tahun) wartawan AWANIJr dari Eduwave TV, SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu telah dijemput menjadi salah seorang ahli panel "Bicara Buku" sempena majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) Peringkat Negeri Terengganu 2018 bertempat di SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus. Yg. Brs. Tuan Haji Shafruddin Haji Ali Hussin, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu telah melancarkan KM1M tersebut. Tema untuk KM1M kali ini ialah "Pembacaan Berkualiti Menjana Minda Bestari". Kepetahan saudari Wan Nur Iffah Wan Azman berbicara dalam bahasa Inggeris membuat hadirin terpesona. Tahniah Saudari Iffah kerana tidak mempersia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh Tn. Hj. Akram@ Amir Abdul Majid, Penolong Pengarah BTPN Terengganu. Tahniah Iffah! AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.