Tutup

#AWANIjr: Buku Ajaib Terbang

Pada 5 April 2018 yang lepas, krew BASES NEWS TV SMK Banggol, Kemaman telah membuat liputan mengenai Kem Membaca 1 Malaysia yang berlangsung di SM Sains Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Dalam Majlis pelancaran tersebut, terdapat juga perkhidmatan perpustakaan bergerak dari Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu. Perkhidmatan yang memudahkan orang ramai dalam mendapatkan khidmat bantuan bahan bacaan. Orang awam tidak lagi perlu bersusah payah pergi ke perpustakaan kini buku datang mencari kita. Ikuti liputan secara lanjut bersama adik Nor Azzah Nisrina Afendi 17 dari BASES NEWS TV. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.