#AWANIJr: Galeri Perpustakaan UniSZA

Wartawan-wartawan Naura Tv Pss Sk Kuala Telemong, Hulu Terengganu telah berpeluang menemubual individu-individu penting yang menguruskan Galeri Perpustakaan UniSZA serta pelajar universiti itu sendiri semasa Program Pengantarabangsaan Aktiviti Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu- Bicara Antara Benua. Ikuti laporannya bersama Adik Mohd Nasrun Adha Mazlan (12 tahun), Adik Mohd Danish Aiman Jamaluddin (11 tahun) dan Adik Nik Ilham Maisarah Nik Musliyamen ( 10 tahun ) yang turut berpeluang menyertai program tersebut. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam mengalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.