#AWANIJr: Gerobok Kasih SeNILAM

Gerobok Kasih SeNILAM merupakan satu inisiatif terbaru yang diwujudkan di SMK Seri Nilam Kuala Terengganu sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17 pada tahun ini. Pelancaran Gerobok Kasih SeNILAM ini disempurnakan oleh YB Hj Ahmad Amzad Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Mari ikuti laporan yang disediakan oleh adik Nur Ain Abdullah,14 dari SeNILAMTV PSS ALMumtazin SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu. Mari kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.