Tutup

#AWANIJr: Harienna pengacara dan bakal peserta SUKMA 2020

Sempena pencalonan pengaacara TVPSS terbaik negeri Terengganu, My B'Best Tv. Tv PSS SMK Balai Besar, Dungun, Terengganu mencalonkan Harienna Syazwana Azwadi, 16 sebagai pengacara terbaik. Harienna bukan sahaja petah apabila menjadi pengacara, malah bergiat aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum. Harienna merupakan pelapis sukan bola jaring untuk SUKMA 2020. Untuk ketahui apa lagi keistimewaannya, mari kita ikuti episod ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.