#AWANIJr: IPGKDRI Pelopor Inovasi Revolusi Industri 4.0

Karnival Inovasi 4IR 2019 anjuran Institut Perguruan Kampus Dato' Razali Ismail Kuala Terengganu, Terengganu telah menarik ramai pempamer inovasi yang terdiri dalam kalangan pendidik serta agensi luar. Mari kita ikuti bersama-sama Ahmad Amir Sidiqin Rosme, 15, pengacara PK TV PSS SMK Paka, Dungun, Terengganu yang turut menjadi sebahagian peserta karnival inovasi dan berpeluang menemubual penyelaras program bagi berkongsi kemeriahan penganjuran karnival pada kali ini. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.