#AWANIJr: Jom ke sekolah SKPM

Adik Aishah Husna Mat Nasir, 11 dari TV PSS AL IMAN SK Padang Mengkuang, Marang Terengganu membuat liputan ?Jom Ke Sekolah? bersama PDRM dan AJK Komuniti. Perasminya Sarjan Baderul Hisham bin Abdullah Sani, PDRM Unit Trafik merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah. Apakah peranan PDRM menangani masalah Disiplin di sekolah? Peranan PDRM menangani masalah disiplin di sekolah iaitu memastikan murid hadir ke sekolah setiap hari dan mengelakkan aktiviti yang tidak sihat dan salah laku. Apakah pesanan kepada murid SK Padang Mengkuang? Perlu meningkatkan prestasi disiplin dan mematuhi peraturan-peraturan sekolah yang telah di tetapkan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.