Tutup

#AWANIJr: Joran Menambat Hati

Sekolah Kebangsaan Duyong buat pertama kalinya menerima kehadiran tetamu istimewa dari Kelas Pendidikan Khas SK Tanjung Pati, Marang Terengganu. Lawatan ini diketuai Zarinawati Zainal, Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Tanjung Pati. Bagi pihak SK Duyong pula, disambut oleh warga Kelas Pendidikan Khas yang diterajui oleh Azhar Md Nor,Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas. Pelbagai aktiviti diatur oleh Kelas Pendidikan Khas terutama kejayaan kemenjadian murid pendidikan khas. Namun yang menarik hati para tetamu kecil ini ialah aktiviti mengail ikan di kolam ternakan ikan keli Kelas Pendidikan Khas. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, NurAfiqah Auni Mohd Zaidy, 12, turut serta menyantuni tetamu-tetamu dari SK Tanjung Pati, Marang Terengganu.