Tutup

#AWANIJr: Kelas Al-Quran percuma

Musim cuti persekolahan akhir tahun telah dibayangi minda anak-anak dengan aktiviti pelancongan, Pulang ke kampung halaman , dan tidak lupa juga Kem Ibadah Fardhu Ain. Namun, bagi kanak-kanak penduduk kampung Buluh Gading, Kuala Terengganu, musim cuti persekolahan akhir tahun amat dinantikan malah ada sesetengah menggelarkannya sebagai 'Festival Al-Quran'. Jawatankuasa masjid Buluh Gading telah mengambil satu anisiatif memperkenalkan kelas Al-Quran percuma, khas untuk anak-anak penduduk Kampung Buluh Gading dan penduduk sekitarnya. Bersama kru wartawan TVSERUSA, SK Pulau Rusa, Kuala Terengganu, Alia Maisarah Mustafa ,7, bertemu Pengerusi Masjid Buluh Gading, Ustaz Mastura Mohamad bagi mendapatkan maklumat lanjut. Jom kita sama sama saksikannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.