#AWANIJr: Program profesor bersama masyarakat

Majlis Profesor Negara telah menganjurkan satu program professor bersama masyarakat di perkarangan masjid Tok Jembal pada 09 Januari 2018. Majlis tersebut berlangsung pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YB Dato' Seri Razif bin Abd Rahman. Pengacara TS TUBE SK IPG Kampus Dato' Razali Ismail, adik Rizqin Ramadhani (9 THN) telah membuat liputan tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan kesihatan oleh Pusat Kesihatan UNISZA, Pemeriksaan Pap Smear, Perkhidmatan Pergigian Hospital USM dan pameran oleh fakulti-fakulti dari UMT, UPM dan UNISZA. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pusat pengajian tempatan dan masyarakat. Liputan untuk Awani Junior ini dapat menyebarkan berita kepada masyarakat tentang program yang diadakan untuk diketahui oleh segenap dimensi. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.