#AWANIJr: Siput Mentarang

Siput Mentarang adalah sejenis hidupan eksotik dan agak asing kepada ramai orang kerana umum hanya lebih mengenali kerang-kerangan seperti kerang, tiram serta siput sedut. Kali ini, adik Aqeef Amzar dan adik Afeef Amsyar 12, Kru B48Channel, TV PSS SK Batu 48, Dungun, Terengganu mengajak anda untuk bersama-sama mengenali cengkerang yang unik ini. Menurut mereka, jika melihat mentarang, kemungkinan akan terdetik perasaan geli. Namun apabila sudah masuk ke mulut dan merasai keenakannya, sudah pasti semua perasaan tadi terus hilang. Betul atau tidak? Jom sama-sama kita saksikan gelagat mereka sepanjang misi menikmati sendiri rasa sebenar siput mentarang, buat pertama kalinya dalam hidup mereka. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.