#AWANIJr: Tandas Awam Rantau Abang, Tandas Terbaik ASEAN

Kali ini, wartawan awanijr iaitu adik Wan Nur Mirza Sofea bt Wan Azariman,11 dari TPTV akan membawa kita meninjau sebuah tandas di Dungun yang merupakan salah satu antara tandas terbaik ASEAN. Tandas yang dimaksudkan ialah Tandas Awam Rantau Abang, Dungun, Terengganu. Anugerah yang diterima itu merupakan satu anugerah yang besar bagi Majlis Perbandaran Dungun khasnya . Jom kita lihat apakah keistimewaan tandas ini sehingga berjaya mendapat anugerah tersebut .