#AWANIJr: Video SpeEd TV Cemerlang Dalam Pertandingan Video Pendek 2018

SpeEd TV, TV PSS SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Video Pendek anjuran Persatuan Pusat Sumber Negeri Terengganu Kategori PDPC Bahasa Melayu yang bertajuk Peralatan Di Rumah Tahap 1. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di SMK Paka, Dungun, Terengganu pada 22 Oktober 2018. Wartawan cilik SpeEd TV, TV PSS SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu, Terengganu, Nur Adriana Ab Murak, 12 ada laporannya. Jom kita saksikan. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.