Tutup

#AWANIJr: Warisan kita, kebanggaan bersama

Wartawan AlKauthar TV, TVPSS STePS, SK Telaga Papan, Setiu Terengganu, adik Siti Nor Amani Najdah dan adik Nurain Khadeeja, 11 serta wartawan lokasi, adik Muhammad Nizar, 11 berpeluang membuat liputan bersempena Pertandingan Dikir Barat Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung baru-baru ini. Jom saksikan laporannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.