#AWANIRangers: Ciri MPP Pilihan Universiti Putra Malaysia

Sempena pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia bagi sesi 2018/2019, AWANI Rangers UPM, Faizol Ikmal Shariff ada membuat tinjauan berhubung ciri calon yang menjadi pilihan warga UPM bagi sesi kali ini. AwaniRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.