#AWANIRangers: Mendaki dan menuntut di Everest

Pada 22 September 2018, pasukan pendaki Kem Dasar Everest telah tiba di tanah air pada jam 8.30 malam. Program ini diketuai oleh Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan (FKMP) UTHM iaitu Dr Nur Kamilah Yusuf dan Dr Nor Azali Azmir bersama tujuh orang pelajar FKMP tahun 3. Antaranya ialah Sashven Nagalingam dan Putra Nur Addin bin Abdullah. Sashven Nagalingam berkata program ini ditaja oleh TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Pelajaran iaitu Dr. Maszlee Malik. Laporan disediakan oleh Awani Rangers UTHM, Nur Sherenna Bt Ghazali Dan Titi Aryani Bt Togio. AwaniRangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.