Bagaimana ular sawa boleh berada di tingkat 14?

Detik cemas itu dirakamkan sejurus reptilia berkenaan di kesan melingkar pada bahagian leher Nur Alia Aqilla Jamaluddin,18 tahun ketika sedang tidur kira-kira jam empat pagi. Ia berlaku di flat Program Perumahan Rakyat (PPR) hiliran Kuala Terengganu. Apa yang menghairankan bagaimana ular sawa berukuran kira-kira 3.3 meter itu boleh berada di bilik mangsa di unit yang terletak di tingkat 14 itu.