Bakal berdepan tindakan tatatertib

Anggota polis yang membenarkan kereta peronda polis (MPV) diperiksa orang awam di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Rantau, di Negeri Sembilan, Sabtu lalu akan dikenakan tindakan tatatertib. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata anggota terlibat tidak sepatutnya membiarkan orang awam menghalang tugas mereka.