Banjir: Kementerian Pertahanan bersedia tambah jumlah anggota tentera

Kementerian Pertahanan sentiasa bersiap siaga terutama menambah jumlah anggota tentera jika bilangan mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan semakin bertambah. Jelas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharom, sehingga kini 2,500 anggota dari Briged 8 berada di lapangan, termasuk di pusat pemindahan banjir di Kelantan dan Terengganu.