Bank Negara sasar keluarkan lesen bank maya akhir tahun ini

Bank Negara Malaysia menyasar untuk mengeluarkan keperluan pelesenan bank maya menjelang akhir tahun ini, kata Gabenor, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. Perkara itu yang sedang diusahakan dan sudah ada taklimat bersama ketua-ketua pegawai eksekutif institusi kewangan mengenainya.