Bantu PM kurangkan defisit kepercayaan rakyat - Syed Hamid

Kesemua jentera pentadbiran kerajaan, terutama sekali Menteri dan Timbalan Menteri harus membantu menerangkan dasar kerajaan kepada rakyat, kata bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar. Bekas Ahli Parlimen Kota Tinggi, yang mempunyai pengalaman dalam pentadbiran hampir 20 tahun itu berkata, timbul persepsi kini bahawa semua perkara perlu bergantung kepada Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad semata-mata.