Banyak peluang kerja di Kedah akan diwujudkan untuk anak muda

Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiidak mahu lagi anak-anak muda negeri Kedah berhijrah ke negeri lain semata-mata untuk mencari rezeki. Kata Menteri Besar Kedah itu, barisan Exco sering diingatkan supaya meningkatkan usaha bagi mewujudkan rancangan yang mampu memberi manfaat kepada anak muda bagi merealisasikan hasrat tersebut.