Tutup

Barangan tiruan dengan nilai lebih RM280,000 dirampas

792 unit barangan tiruan menggunakan jenama terkemuka dengan nilai lebih RM280 ribu dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak. Timbalan Pengarah Kpdnkk Perak, Mohd Khalis Kasim memaklumkan, rampasan itu membabitkan jualan barangan tiruan yang dilakukan melalui perniagaan secara atas talian di negeri itu.