Tutup

Belanjawan 2020 Kedah: Ada berita baik buat penjawat awam

Penjawat awam di Kedah akan menerima berita baik dalam belanjawan 2020 negeri itu yang akan dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Ahad depan. Namun beliau menegaskan insentif yang akan diberikan adalah berdasarkan kemampuan kerajaan negeri dan pengumuman mengenai perkara terbabit akan disebut secara terperinci dalam sesi perbentangan tersebut.