Tutup

Belum ada keputusan tentang CEO Bernama baharu

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata kerajaan belum membuat keputusan mengenai isu pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu. Beliau berkata, apa yang penting kini ialah untuk memuktamadkan penggabungan Bernama dan sektor berita Radio Televisyen Malaysia (RTM).