Bersatu akan perjuang agenda Bumiputera baharu - Muhyiddin

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan memperjuangkan dasar agenda Bumiputera baharu yang benar-benar dapat memajukan orang Melayu dan Bumiputera seluruhnya. Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia akan dicadangkan kepada majlis presiden Pakatan Harapan (PH) agar dijadikan dasar teras PH.