BHIC asah anak muda, beri peluang vendor tempatan ceburi industri perkapalan

Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) komited dalam pembangunan bakat, sekali gus memberi peluang kepada rakyat tempatan menceburi bidang teknikal dalam industri perkapalan. Pada masa sama, Program Pembangunan Vendor (VDP) yang dilaksanakan BHIC, berjaya membantu vendor-vendor tempatan untuk terlibat dalam projek-projek besar dan membina kepakaran serta mengembangkan perniagaan.