Bicara Sarawak: Bangunkan sistem solar terapung - Abang Johari

Long-i Green Energy Technology Co. Ltd dicadang membangunkan sistem solar terapung di empangan hidroelektrik di negeri ini bagi menjana tenaga elektrik. Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg percaya konsep yang dicadangkan itu dapat memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga kepada masyarakat luar bandar.