Bicara Sarawak: Penjawat awam perlu tingkat integriti

Penjawat awam di Sarawak disaran agar memberi sokongan padu usaha memperkukuhkan tahap integriti pentadbiran negeri. Seruan dibuat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang menyatakan hasrat agar penjawat awam sentiasa melaksanakan kerja dengan telus dan ikhlas.