Bot bawa 35 pelarian Rohingya bolos rondaan

Bot yang membawa 35 pelarian Rohingya termasuk 9 kanak-kanak, pada Jumaat dipercayai bolos dari rondaan yang dilakukan pasukan Penguatkuasa Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM. Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd memaklumkan, pelarian itu dikesan menggunakan bot ikan dan selayaran mereka berjaya melepasi pasukan yang melakukan rondaan.