Bot terbalik: Mayat mangsa wanita ditemui

Mayat wanita disyaki mangsa hilang dalam kejadian bot terbalik, di perairan Pulau Nunuyan, berjaya ditemui kira-kira jam 12.44 tengah hari Sabtu berdekatan Pulau Berhala. Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid, memaklumkan mayat berkenaan ditemui nelayan sebelum dimaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.