Tutup

Buletin AWANI Khas: Negara Rahmah - Ummah Sejahtera

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan semua pihak supaya menghentikan segera perbuatan menyalakan api perkauman dan meniupkan bara permusuhan antara agama. Titah Baginda, undang-undang wajib didaulatkan supaya keselamatan nyawa dan harta benda warga yang tidak berdosa terjamin dan dilindungi.