Tutup

Bunuh abang: Remaja, teman lelaki direman enam hari

Seorang remaja perempuan dan teman lelakinya direman enam hari bagi membantu siasatan kes penemuan mayat remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki dibunuh di Taman Glenview di Kamunting di Taiping pada Ahad. Perintah reman ke atas remaja perempuan berusia 14 tahun dan teman lelakinya berusia 15 tahun dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Hidayah Ismail di Mahkamah Majistret Taiping.