Tutup

Cadangan wujudkan Dasar Pengurusan Stres

Kerajaan digesa mewujudkan dasar pengurusan stres bagi membantu kakitangan awam yang menghadapi stres atau tekanan melampau di tempat kerja. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata banyak pekerja di negara ini yang mengalami stres sehingga menyebabkan pelbagai masalah seperti kemurungan dan tidak lagi dapat menjalankan tugas sebagai pejawat awam. Kira-kira 40 peratus daripada warga malaysia dikuatiri menghadapi masalah kesihatan mental mengikut laporan dua tahun lalu. Dilaporkan seramai 18,336 individu menderita tekanan perasaan berdasarkan imbasan kesihatan ke atas 273,203 individu. Tapi bagaimana pula dengan tekanan di tempat kerja? Bersama-sama di talian ialah Datuk Azih Muda.