Tutup

Dana SEDIC: Bekas menteri, dua bekas timbalan menteri disiasat

Seorang bekas menteri dan dua bekas timbalan menteri pentadbiran Barisan Nasional didakwa menerima dana langsung kerajaan kepada kaum India. Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy tidak menamakan individu-individu didakwa menerima dana unit pembangunan ekonomi masyarakat India itu. Jelasnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat perkara ini yang menjadi punca dana tersebut tidak sampai kepada golongan sasar.