Data raya pelancongan harus diwujudkan

Kementerian Pelancong disaran mewujudkan data raya atau big data berkaitan pelancongan yang terperinci yang boleh diakses oleh pemain industri pelancongan tempatan. Pengasas bersama Agensi Pelancongan, Arba Travel & Tours, Ammar Roslizar berkata, maklumat data raya itu akan membolehkan pemain-pemain industri pelancongan tempatan untuk membuat perancangan dan promosi membawa masuk pelancong asing ke negara ini.