Dera kanak-kanak: Tiga beranak ditahan reman

Tiga beranak termasuk seorang remaja perempuan berusia 13 tahun direman lima hari, kerana disyaki melakukan penderaan ke atas dua kanak-kanak berusia 7 dan 8 tahun. Perintah reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Nurshahira terhadap kesemua suspek.