Tutup

Dipatuk ketika beri ular makan, "raja ular" dirawat di ICU

?Raja Ular Perlis? yang juga kakitangan taman ular dan reptilia Batu Pahat, Kangar, dipatuk ular jenis tedung selar ketika memberi makan kepada reptilia itu di tempat kerjanya. Muhammad Hafiz Alias, 26 tahun, diserang reptilia berbisa itu di bahagian atas lutut kiri dan kini sedang menerima rawatan di Unit Pemerhatian Rapi dan Kecemasan (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).