Tutup

Dipenjara 20 tahun dera anak tiri lima tahun sehingga maut

Seorang tukang rumah dihukum penjara 20 tahun atas tuduhan mendera anak tirinya berusia lima tahun sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak terbabit pada jun 2017. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas Rosmanan Abdul Rahman, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) kanun keseksaan kerana membunuh tanpa niat.