Diskaun tol 10 peratus PLUS, LPT2 sempena Tahun Baharu Cina

Pengguna kelas 1 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan menikmati diskaun tol 10 peratus Selasa ini Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina. PLUS dalam kenyataan hari ini berkata pemberian diskaun itu berkuat kuasa dari 12 tengah malam hingga 11.59 malam Selasa.