Tutup

DNA23 program yang perlu dilakukan sekarang

Digital Native Agenda (DNA23) tidak mempunyai tagline seperti Wawasan 2020 atau TN50 yang merupakan pelan jangka panjang. Bagaimanapun, ia merupakan satu tindakan yang perlu dilaksanakan dalam tempoh segera dalam usaha memperkukuhkan sektor digital di negara ini. Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan DNA23 bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo di Bukit Jalil.