Tutup

Dr Nazri Khan: Pelabur masih tunggu reformasi GLC, penjelasan peralihan kuasa

Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), adalah antara faktor paling penting dalam usaha untuk menarik balik pelabur asing ke Bursa Malaysia. Tambah Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management Malaysia, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam, pelabur asing juga masih menantikan janji rangsangan oleh kerajaan dan polisi yang lebih jelas. Datuk Dr Nazri Khan dalam temubual bersama Niaga AWANI pada Selasa, turut yakin perkara ini akan menjadi lebih jelas dalam masa yang terdekat. Dalam temubual berkenaan Datuk Dr Nazri Khan diminta mengulas mengenai laporan Bloomberg pada 18 November, 'Malaysian Stocks Get Cheaper by the Day But Few Want to Buy'.